picture

News

 

Lawatan Rasmi Ketua Menteri Sarawak ke Kanowit

Posted on 13 Mar 2013

Picture

Y.A.B. Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang memberi ucapan semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Projek Perumahan Mampu Milik Kanowit Fasa II. 

KANOWIT, 13 MAC 2013 : Ketua Menteri Sarawak iaitu Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah mengadakan Lawatan rasmi ke Kanowit pada 12 Mac 2013 sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Projek Perumahan Mampu Milik Kanowit Fasa II. Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rumah yang telah siap dibina kepada penduduk yang terpilih. 

Turut hadir sama dalam Majlis itu adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu, Menteri Muda Kemajuan Tanah dan Menteri Muda Pelancongan Datuk Gramong Juna dan Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang.