Secretary Profile

 

Secretary Profile


Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Daerah Kanowit.

Majlis Daerah Kanowit komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dengan penuh integriti, profesionalisme dan akauntabiliti demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap serta berkesan kepada masyarakat.

Majlis sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, kemudahan awam dan kesejahteraan komuniti melalui pelaksanaan dasar serta program pembangunan yang mampan selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak.

Laman web ini disediakan sebagai medium untuk orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan, pengumuman serta aktiviti Majlis. Segala cadangan dan maklum balas daripada masyarakat amatlah dialu-alukan bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Sekian, terima kasih.


“BERSATU BERSAMA BERBAKTI”
“AN HONOUR TO SERVE”

Setiausaha
Majlis Daerah Kanowit

Saya berasa bangga di atas kejayaan Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Pembangunan Komuniti kerana sudi membahagikan ruang Home Page mereka kepada kita supaya kita Majlis Daerah Saratok dapat mewujudkan Home Pagenya sendiri lantas berupaya memberi maklumat yang cepat tentang Majlis Daerah Saratok dari segi sejarah pentadbiran, perkhidmatan dan juga projek-projek yang dijalankan kepada masyarakat di kawasan majlis ini. 
Kewujudan laman web ini membuktikan bahawa majlis ini sedang melangkah ke hadapan dan bersedia untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan penggunaan teknologi maklumat.
Besarlah harapan saya agar masyarakat kita akan dapat bersama-sama dalam segala usaha untuk membangunkan kawasan majlis mengikut wawasan majlis Saratok ke Arah Bandar Yang Indah Menjelang Tahun 2020
Encik Bilong Ak Engkas
Pemangku Setiausaha,
Majlis Daerah Kanowi