picture

News

 

ADUN Ngemah Rasmikan Program Sukan Rakyat Sempena Pesta Kanowit 2023

Posted on 01 Oct 2023
Source of News: https://ukas.sarawak.gov.my/2023/10/01/adun-ngemah-rasmikan-program-sukan-rakyat-sempena-pesta-kanowit-2023/

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana telah merasmikan Sukan Rakyat sempena penganjuran Pesta Kanowit 2023 pada Sabtu.

Program yang dilaksanakan di Kompleks Sukan Kanowit itu turut dihadiri kira-kira seramai 200 peserta.

Dalam ucapan ringkasnya, Anyi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengelola iaitu Pejabat Daerah Kanowit kerana telah menganjurkan Sukan Rakyat itu dengan jayanya.

“Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Kanowit kerana dapat menganjurkan Sukan Rakyat bersempena dengan penganjuran Pesta Kanowit 2023. 

“Difahamkan Sukan Rakyat ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Kanowit,” katanya.

Tambah beliau, antara objektif penganjuran Sukan Rakyat ini adalah untuk menghidupkan semula dan mempromosikan aktiviti permainan tradisional dan sukan rakyat kepada masyarakat setempat.

Selain itu, ianya juga dapat membina jaringan hubungan silatulrahim dan kerjasama di kalangan penjawat awam dari agensi kerajaan, Ketua Masyarakat dan Ahli Majlis serta meningkatkan aktiviti yang sihat dalam kalangan penduduk.

Penganjuran Sukan Rakyat ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diturut disertai oleh Anyi Jana.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah seperti larian guna kain sarung, tarik tali, boling kelapa, lari ikat tali pada kaki, pancing tin dan sepit kacang tanah. 

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Malaysia,Dr Stephen William serta Pegawai Daerah Kanowit Jackline August @ August Jahar.-EDISI UKAS