Kanowit District Council (KDC) was first formed in the year 1949 and it's present office is located at Jalan Kubu Kanowit near Ford Emma (Built by Rajah Charles Brooke in 1859 during the reign of the White Rajah's in Sarawak) KDC performs its roles and responsibility as a local authority under section 6 and 7 of the State Council Election Ordinance (Cap. 7). Kanowit.
Learn MorePress Release, 23 September 2023
KANOWIT: Waterfront Kanowit yang siap dibina pada April lalu adalah tepat pada masanya bagi merancakkan lagi penganjuran Pesta Kanowit 2023. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong berkata, projek tersebut yang menelan belanja berjumlah RM5.3 juta kini digunakan sepenuhnya untuk penganjuran pesta yang berlangsung sejak 10 September lalu hingga 1 Oktober depan. "Pembinaan Waterfront Kanowit atau Tebingan Kanowit pada mula diilhamkan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang juga Ahli Parlimen Kanowit dan kerajaan negeri telah menjadi agensi pelaksana projek ini. "Kami di sini sangat gembira dengan projek ini kerana kami amat memerlukan sebuah tebingan untuk digunakan bagi penganjuran Pesta Kanowit setiap tahun. "Sudah tentu penganjuran kali ini lebih besar dan pengunjung pesta juga sangat ramai yang menyaksikan perlumbaan bot laju dalam keadaan yang lebih selesa," katanya kepada pemberita selepas perasmian Pesta Kanowit 2023 di sini, hari ini. Ditanya tentang masalah tempat parkir kereta yang dihadapi Pekan Kanowit, Allan berkataperancangan untuk mewujudkan lebih banyak tempat letak kereta di sini sedang dalam perancangan. "Kekurangan tempat letak kereta di Kanowit merupakan satu isu yang perlu ditangani berikutan semakin banyak kenderaan masuk ke pekan ini setiap hari," jelasnya. Katanya lagi, kewujudan jalan akses Sibu-Kapit juga menjadi penyumbang kepada masalah trafik yang semakin meningkat di pekan ini. "Kami tidak menyangka projek jalan ini telah menyebabkan pekan Kanowit terkena tempias daripada pembangunan jalan tersebut. "Bagaimanapun, pembinaan tempat letak kereta yang baharu masih dalam peringkat perancangan," ujarnya. Beliau juga memberitahu terdapat cadangan untuk membina tempat parkir khas di Pekan Kanowit bagi mengatasi masalah tersebut. "Kita masih mencari tempat sesuai untuk mewujudkan tempat parkir khas di pekan ini. Dan ia akan dibuat bila tiba masanya nanti. "Ini kerana Pekan Kanowit bukan sahaja sesak pada setiap hujung minggu, tetapi setiap hari dipenuhi dengan kenderaan," katanya. Sementara itu, Allan dalam ucapannya pada perasmian Pesta Kanowit 2023 berkata, penganjuran Pesta Kanowit bertujuan untuk menarik kedatangan pengunjung luar dearah Kanowit serta memberi peluang kepada masyarkat setempat untuk berniaga dan menambah pendapatan mereka. Katanya, Pesta Kanowit 2023 berjaya menarik penyertaan 120 bot laju daripada pelbagai pasukan, antaranya dari Brunei, Miri, Bintulu dan Sibu. Turut hadir ialah ADUN Ngemah Anyi Jana, Setiausaha Politik Premier Sarawak Susan Clement dan Pegawai Daerah Kanowit Jackline August selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kanowit 2023.
Press Release, 08 September 2023
KANOWIT, 8 Sept: Perlumbaan bot laju antara tarikan utama Pesta Kanowit 2023 bermula 16 September hingga 1 Oktober 2023. Pegawai Daerah Kanowit Jackline August mendedahkan pesta membuka tirai dengan Pesta Ria dan Pameran Perdagangan pada Ahad ini, 10 Sept di Dataran Kubu Emma di sini diikuti Pertandingan Nyanyian Lagu Asli. “Kaki pancing juga akan berpeluang untuk merebut hadiah menarik dalam pertandingan memancing di Sungai Kanowit bermula jam 8 pagi pada 17 September ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Pesta Kanowit 2023 di Pejabat Majlis Daerah Kanowit (MDK) pada Khamis. Menurutnya pesta yang dinanti-nantikan warga Kanowit itu bakal dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang serta disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong dan ADUN Ngemah Anyi Jana di Tebingan Kanowit pada 23 Sept. “Upacara Tradisi (Adat Miring) bagi memohon keberkatan dan keselamatan semasa perlumbaan bot laju akan diadakan pada jam 6.00 pagi pada 23 Sept juga. “Untuk memeriahkan lagi suasana pesta, pihak penganjur juga mengadakan pameran makanan tradisional, pertandingan futsal dan pertandingan Betaboh pada sebelah malamnya. “Selain acara final perlumbaan bot laju, turut diadakan pada hari yang sama ialah Majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2023 di Tebingan Kanowit dan Kanowit Unity Run di Pentas Utama, Dataran Kubu Emma pada 8 pagi 24 September,” katanya. Antara aktiviti lain yang akan mengisi kalender Pesta Kanowit ialah Battle Of The Band (28 Sept), Kanowit Remote Control (RC) Boat, Sukan Rakyat, Strong Man, Ratu Pakaian Tradisional Pesta Kanowit 2023 yang masing-masingnya diadakan pada 30 September. Pesta Kanowit tahun ini diakhiri dengan acara final RC Boat di Sungai Kanowit jam 8 pagi 1 Oktober. -TVS
Press Release, 24 September 2023
KANOWIT, 24 Sept: Penganjuran Pesta Kanowit 2023 menjadi platform terbaik untuk mempromosikan perpaduan dalam kalangan masyarakat, kata Datuk Aaron Ago Dagang. Beliau yang juga Menteri Perpaduan Negara berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi kepelbagaian persembahan kesenian, makanan serta acara sukan yang telah dianjurkan. Aaron Ago yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, pesta berkenaan sangat istimewa kerana menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan keindahan dan keragaman budaya serta warisan yang ada di sini. “Ini merupakan satu cara untuk kita mengeratkan hubungan sesama rakyat. “Kita ingin menjemput lebih ramai penduduk tempatan dan luar Kanowit untuk bersama-sama memeriahkan pesta ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Kanowit di Waterfront Kanowit di sini hari ini. Sementara itu, Aaron Ago berkata, pesta berkenaan mempunyai strategi serampang dua mata kerana turut mempromosikan Kanowit sebagai kawasan pelancongan di luar bandar. Pesta berkenaan bertemakan Where Memories Are Made yang membawa maksud bahawa setiap pengunjung akan pulang bersama 1,001 kenangan manis. “Untuk keluarga dan rakyat di Kanowit, terima kasih kerana memeriahkan pesta ini dengan menyertai pelbagai acara yang dianjurkan termasuklah powerboat racing dan sebagainya,” tambahnya. Pesta berkenaan juga menyaksikan pelbagai pameran dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara yang melibatkan pelbagai kumpulan etnik. Aaron Ago turut berharap aktiviti sedemikian yang mampu menyemarakkan perpaduan akan diteruskan pada penganjuran Pesta Kanowit akan datang.-TVS
Press Release, 01 October 2023
KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana telah merasmikan Sukan Rakyat sempena penganjuran Pesta Kanowit 2023 pada Sabtu. Program yang dilaksanakan di Kompleks Sukan Kanowit itu turut dihadiri kira-kira seramai 200 peserta. Dalam ucapan ringkasnya, Anyi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengelola iaitu Pejabat Daerah Kanowit kerana telah menganjurkan Sukan Rakyat itu dengan jayanya. “Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Kanowit kerana dapat menganjurkan Sukan Rakyat bersempena dengan penganjuran Pesta Kanowit 2023. “Difahamkan Sukan Rakyat ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Kanowit,” katanya. Tambah beliau, antara objektif penganjuran Sukan Rakyat ini adalah untuk menghidupkan semula dan mempromosikan aktiviti permainan tradisional dan sukan rakyat kepada masyarakat setempat. Selain itu, ianya juga dapat membina jaringan hubungan silatulrahim dan kerjasama di kalangan penjawat awam dari agensi kerajaan, Ketua Masyarakat dan Ahli Majlis serta meningkatkan aktiviti yang sihat dalam kalangan penduduk. Penganjuran Sukan Rakyat ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diturut disertai oleh Anyi Jana. Aktiviti lain yang turut diadakan ialah seperti larian guna kain sarung, tarik tali, boling kelapa, lari ikat tali pada kaki, pancing tin dan sepit kacang tanah. Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Malaysia,Dr Stephen William serta Pegawai Daerah Kanowit Jackline August @ August Jahar.-EDISI UKAS